Thursday, June 7, 2012

Me"revitalisasi"kan Mak Yong; Muzikalkah Mak Yong?

Sebenarnya tulisan ini hanya berupa nota pendek untuk soalan tentang Mak Yong. Persoalannya, Apakah Mak Yong masih relevan dalam masyarakat masakini, terutamanya masyarakat urban?

  • UNESCO World Heritage 2005
  • Asal usul teater tari Melayu
  • Ada hubungan dengan teater muzikal
  • Bahasa klasik/ Kelantan yang semakin pupus sebagai bahasa perantaraan
  • Cerita2 nasihat, hubungan dengan kemanusiaan dan agama
  • Konsep teater keliling
  • Konsep teater minimalis
  • Muzik  secara live/ secara langsung yang lebih menyemarakkan persembahan
  • Mempunyai nilai pendidikan kepada generasi muda
  • Mendidik disiplin
  • Mencipta daya imaginasi, terutamanya di dalam pengembaraan ke dunia lain
Permasalahan:

  • Kurang kefahaman dalam bahasa perantara
  • Pengharaman persembahan di Kelantan/ politik Islam
  • Masalah pengubahsuaian – hilang nilai estetik klasik/ permodenan
  • Masalah pengubahsuaian dalam urbanisasi
  • Kurang dana persembahan
  • Kurang dana penyelidikan
  • Kurang individu yg berminat – penggiat/ pengkaji/ penonton
  • Kurang promosi & pendedahan media
  • Kurang pemikiran dan falsafah

Revitalisasi:

  • Pengembangan bentuk
  • Konsep minimalis & teater keliling
  • Pengubahsuaian bahasa perantaraan
  • Pengenalan kepada bahasa perantara
  • Pengenalan kepada 12 cerita2 Mak Yong
  • Pengembangan cerita2 baru/ pemodenan
  • Pengembangan kostume/ tidak bersifat kitsh
  • Penggunaa terjemahan dlm dialog

Teater Tari Tradisional Mak Yong, sama seperti teater tradisi Asia yg lain, gabungan muzik, nyanyian, lakonan, tarian awal persembahan, tarian dan nyanyian mengadap rebab. Persembahan diselangselikan dengan nyanyian dan tarian dengan lakonan. Cerita putera puteri Raja2 Melayu, lagenda, fantasi. Ada pengajaran, watak hitam putih, protagonis-antagonis.

Pendekata kedua-dua bentuk teater, Mak Yong dan Bangsawan, mempunyai perkaitan dengan teater muzikal Malaysia, cuma dlm muzikal ada lebih banyak lagu, dan latar set dihapuskan, sebaliknya menggunakan set berbentuk 3 dimensional. Pementasan yang lebih canggih berbanding Mak Yong dan Bangsawan. Muzikal Puteri Gunung Ledang merupakan muzikal Malaysia pertama yang menggunakan bentuk teater muzikal barat West End(London) dan Broadway (New York), dengan menggunakan lagu2 berirama pop Melayu. Tetapi muzikal barat juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti Cats, Miss Saigon, Phantom of Opera oleh Andrew Lloyd Webber, My Fair Lady, Funny Girl, Sounds of Music, South Pacific, King and I, dsb. Bezanya dalam muzikal barat, lakonan dan dialog dilagukan.

No comments: