Monday, August 13, 2007
Primadona-Primadona Mak Yong
Oleh Dr.Zulkifli Mohamad (Artikel ini telah disiarkan di KOSMO pada tahun Ogos 2006)Kuala Lumpur semarak lagi dengan adanya Festival Seni 2006. Malah Festival Seni Kuala Lumpur pernah dimarakkan obornya dua puluh tahun yang lalu, di tahun 1986. Syabas Kekkwa (Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan) kerana menghidupkan kembali festival ini. Semuga dengan adanya festival seni, warga Kuala Lumpur menjadi lebih berbudi bahasa dan bertamaddun. Seterusnya menaikkan taraf kita di mata dunia. Biarlah seni menjadi hak milik dan kebanggaan kaum marhaen juga dan bukan hanya dikategorikan sebagai aktiviti kegirangan kaum elitis. Biarlah seni menjadi tatapan para penghuni setinggan, rumah pangsa dan kampung-kampung warisan di kota, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat dan Kampung Pandan.Sesekali terimbas juga di fikiran kepada Pesta Keputeraan Sultan Kelantan di awal tahun 1970an, apabila pelbagai bentuk seni dipersembahkan kepada hamba rakyat, dari ensembel Kertok dan Rebana, Silat dan Bergendang, Wayang Kulit, Mak Yong dan Manora. Kemudian dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api. Tapi zaman itu sudah lama berlalu, Wayang Kulit, Mak Yong dan Manora sudah tidak boleh dipertontonkan di negeri Cik Siti itu. Pun begitu kita harus berbangga kerana kesenian-kesenian klasik ini sudah menjadi hak milik Negara dan kebanggaan bangsa. Malah lebih dari itu, Mak Yong sudah menjadi hak milik dunia, World Heritage Arts, apabila ia diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2005. Tapi apakah dunia sudah melihatnya atau mengerti akan sejarah perjuangannya serta cerita cerita yang dibawanya.Mungkin itulah yang ingin dipaparkan kepada dunia di Festival Seni Kuala Lumpur serta ISME (International Seminar of Music Education) 2006, dengan menampilkan persembahan Wayang Kulit, Mak Yong dan Manora. Tak kala Mak Yong dan Wayang Kulit dipersembahkan di Istana Budaya, Mak Yong dan Manora pula dipertontonkan di Kuala Lumpur Convention Centre. Mungkin ISME hanya mempamerkan sekilas Mak Yong dan Manora, tapi kesannya mungkin merebak ke seluruh dunia. Istana Budaya pula menawarkan repertoire penuh cerita Mak Yong, Dewa Indera-Indera Dewa. Kebetulan pula semua persembahan berlangsung pada hujung minggu yang sama, 14-16 Julai.Pada minggu yang sama juga, Mak Yong dipertontonkan di Festival Magdalena, festival yang mengumpulkan karyawan-karyawan wanita unggul dunia. Festival ini mempersembahkan karya-karya mereka di Esplanade, Art House, Substation dan Muzium Nasional. Magdalena sendiri mempunyai sejarah tradisi yang unik, mengumpulkan penggiat wanita dari Odin Teater yang diasaskan oleh Eugenio Barba dan Jerzy Grotowski di Eropah. Inilah julung kalinya Magdalena berada di Asia. Yang lebih membanggakan lagi apabila wanita-wanita unggul ini turut serta di dalam bengkel dan demonstrasi Mak Yong. Mereka begitu terpukau dengan gesekan rebab Che Amat Che Awang, paluan gendang Che Deraman serta liuk lentuk gemalai tari Primadonna Wan Mah dari Tumpat Kelantan membawakan cerita Dewa Muda.Yang menariknya ketiga-tiga persembahan Mak Yong yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Singapura menampilkan wajah-wajah baru dipersada seni klasik ini, Rosnan Abdul Rahman dan Siti Norhabsah di Istana Budaya, Siti Fazlin Ibrahim Wong dan Raja Norbaizura di KLCC serta Wan Mah di Magdalena Singapura. Walaupun Wan Mah bukanlah semuda Siti Fazlin yang masih menuntut di tahun dua, Pengurusan Seni, Fakulti Teknologi Seni dan Artistik, UITM, inilah pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Singapura dan keluar dari Kelantan untuk mempersembahkan seni klasik itu. Apabila Mak Yong diharamkan di Kelantan, beliau hanya mampu bermain di dalam teater ritual Main Peteri. Yang lebih membanggakan lagi Svarnabhumi Studio telah diundang ke Bangkok dan India serta mempersembahkan repertoire penuh Mak Yong di Esplanade, Singapura. Begitulah semaraknya Mak Yong di abad ke 21, semuga seni klasik ini terus kekal dan dicintai generasi muda kita. Syabas Istana Budaya, TEKA-UITM dan Fesival Magdalena!Tak sia-sialah Tengku Long Ghaffar menubuhkan Kampung Seni Temenggung di Kota Bharu di awal 1900an, Primadona Cik Gemala mengajar Khadijah Awang dan Kumpulan Seri Temenggung di akhir 1960an, Khadijah Awang di Akademi Seni Kebangsaan dan PETRONAS atau Mek Nab di TEKA-UITM.Dan di saat dan ketika sebeginilah, terkenang pula pada arwah Seniman Negara Khadijah Awang dan perjuangan seni Mak Yongnya serta kata-kata beliau pada saya “Jangan bimbang, Mak Yong takkan pupus, ia akan terus hidup”. Khadijah sendiri hanya mula bergiat belajar Mak Yong di akhir tahun 1960an, setelah hidupnya sudah dikurniakan beberapa orang zuriat, merasa tercabar apabila menonton persembahan-persembahan teater tari klasik dari negara-negara ASEAN dan kedaifan Mak Yong kita ketika itu. Persoalannya “Apakah kita sudah berjaya lari dari kedaifan itu?”
Posted by zumo at 8:27 PM

No comments:
Post a Comment