Friday, September 25, 2009

Mek Ani Filem Mak Yong?

Untuk orang Mak Yong mungkin filem ini boleh membuatkan orang biasa di luar sana lebih mengerti pada Mak Yong, atau sekurang-kurangnya menjadi tertarik kepada Mak Yong, apalagi apabila Mak Yong semakin pupus di negerinya sendiri, Kelantan, kerana dihalang untuk persembahan kerana sebab-sebab yang tidak terfikir untuk kita di dalam masyarakat. Ternyata sewaktu memperkenalkan seorang pelakon yang kononnya mempunyai hubungan keluarga dengan Seniman Negara, Allahyarhamah Khadijah Awang, banyak isu ditimbulkan oleh keluarga mereka sendiri. Maka itulah juga Mak Yong dilihat sebagai sebuah tradisi yang harus diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang belajar soal iti, seperti pelajar2 di ASWARA? Apakah keterbatasan itu yang membuat mereka tidak mahu berkareer di dalam seni teater tari Mak Yong? Terdengar juga filem ini tidak mendapat dana hingga terpaksa mengundurkan pembikinannya, tapi sama2lah kita tunggu, mungkin tahun 2009 lebih menjanjikan sesuatu. Apakah filem ini juga bakal menebus kekalahan filem Wayang karya Hatta Azad Khan di pawagam? atau gagal merebut sebarang award di festival filem, walaupun mempunyai nuasa dan narasi sebuah filem yang baik dan hanya kerana ianya memaparkan kehidupan manusia yang tidak baik? Apakah filem harus hanya menampilkan sebuah kehidupan yang baik-baik saja supaya ianya menjadi contoh kepada umum. Apakah filem ini juga bakal mengadakan dialog-dialog di dalam dialek Kelantan yang harus nantinya mempunyai sarikata bahasa malaysia dan bahasa Inggeris? Apakah filem ini mampu sukurang-kurangnya mengulangi kejayaan filem Jogho yang disutradarakan oleh U-Wei Shaari? Kita juga tidak tahu siapa yang bakal menjadi pengarahnya. Filem-filem keluaran sebelum ini termasuklah Wanita Bertudung Hitam, Cinta Nan Satu, saya sendiri masih belum menonton filem-filem itu?

No comments: