Monday, October 5, 2009

SINOPSIS – GEBU GEMBIRA

Gebu Gembira lahir dari ide untuk merealisasikan sebuah cerita yang bermula dari iklan bedak batu di zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Gebu Gembira adalah sebuah kisah wanita tua yang menjual bedak sejuk dan bedak batu di Pasar Minggu di Kampung Baru. Aminah, mempunyai kisah suka duka yang pedih di dalam hidupnya. Dia juga pernah menjadi penari istana di zaman Kubu Budaya Tengku Temenggong di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu perang hidupnya menjadi kucar kacir. Ini adalah skrip monodrama yang kedua dihasilkan oleh Dr.Zulkifli. Persembahan Gebu Gembira menggunakan bentuk-bentuk gerak tari dan ekspresi tubuh yang bergaul dengan dialog dan naratif penceritaan.

TUESDAY, JULY 22, 2008

Gebu Gembira

Gebu Gembira melalui banyak halangan, naskahnya pun baru disiapkan, dari tangan satu pelakon ke satu pelakon yang lain. Akhirnya jatuh ke tangan Ismaliza, pelakon graduan diploma Aswara yang kini belajar sarjana muda di UM. Kami tak banyak waktu kerana aku terlalu sibuk dengan kerja pengurusan, permohonan bantuan dan publisiti, yang ternyata susah mendapatkannya. Satu waktu, semasa aku tak dapat datang, ada hal telah berubah, aku tak bersetuju kerana menganggap, apa yang dilakukan adalah diluar apa yang ingin aku lakukan. Sebagai pengarah drama yang baru nak mengarah, aku agak keras dengan apa yang aku inginkan, apalagi ini adalah hasiltangan aku yang kedua. Mungkin itulah sebabnya, selalunya orang lain yang mengarah naskah, tapi tentunya penulisnya seksa, melainkan penulis dan pengarah saling mengenali. Tapi rasanya itu tak mustahil, banyak orang yang berbuat begitu. Apalagi di dalam dunia tari dan aku sendiri datang dengan dunia teater tari, apalagi apabila orang lain yang menarikan. Kalau seorang penari solo, dia semua yang melakukannya, dari choreography, direction, costume, dan tariannya. Mungkin itulah sebabnya.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan Gebu Gembira setelah itu kerana keadaan terlalu tegang. Tapi kemudiannya aku setuju untuk mementaskannya sebagai membaca Gebu Gembira. Pada mulanya pelakon tak berapa setuju, kerana ini jarang berlaku dalam teater Melayu di Malaysia. Tapi akhirnya setuju. Setelah itu keadaan menjadi bertambah baik, aku hanya membiarkan pelakon melakonkan wataknya, bergerak dan berlakon mengikut naluri rasanya, cuma kemudian aku meletakkan tiga buah kerusi untuk dia bermain dan bergerak, dan ternyata dia lebih bersedia untuk itu. Akhirnya kita hanya meneruskan dengan itu sebagai sebuah pementasan, seadanya, walaupun ianya belum sempurna. Segala-galanya amat sederhana, tapi tak apa kerana ianya hanyalah suatu percubaan.

Aku sendiri ada perancangan untuk mementaskan semula karya itu seperti idea asalnya, menjadikan ia sebuah karya yang lebih berbentuk fizikal, greak dan tari, tapi tentunya ia memerlukan proses yang panjang, dan itu tak adil untuk memeinta kerjasama dan komitment dari seorang dramatis kerana aku perlu mencari wang untuk mementaskannya. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah ada permulaan yang baik. Mungkin aku perlu melihat kembali skripnya, mungkin aku perlu mengadap sifu-sifu teater kerana aku masih banyak perlu belajar!

Skrip Gebu Gembira

THURSDAY, JUNE 19, 2008

Penari Mak Yong Perisik Jepun Dlm Gebu Gembira

Deraf Pertama 28/5/08

                                                Deraf Kedua 1/6/08

Deraf Ketiga 25/6/08

Deraf Keempat 26/6/08

 

 

Gebu Gembira@KL Fringe Festival

(Slogan Iklan Bedak Batu)

Tulisan dan Arahan Dr.Zulkifli Mohamad,

 

Sebuah kelab malam di Kota Bharu. Inggeris kembali lagi setelah Perang Dunia Kedua. Selesai lagu barat, berkumandang pula sebuah lagu Melayu berirama chacha. Seorang penari caberet duduk dikerusi.

 

“Hai, diam saja malam ni, nak perang lagi ke?”

Belum habis aku berbual dengan pelayan bar,

Seorang lelaki Inggeris berdiri di depanku sambil menghulurkan tangannya, aku membetulkan kebayaku, bangun, dan dengan senang hatinya terus menari.

 

            Itulah kali pertama aku melihat dia

            Orangnya tinggi dan kacak bergaya dan masih muda

“My name is Charles Henry Woodworth”, memperkenalkan dirinya

Dia adalah Pegawai Inggeris yang baru dihantar ke Kota Bharu

Hah, susah benar nak menyebut namanya!

Aku Aminah Awang Amat, anak wayang yang menjadi perempuan joget           

           

Belumpun lama kami menari,  dia memeluk pinggulku dengan erat

Dia bertanyakan macam-macam tentang kehidupan semasa Jepun

            Mulanya aku menceritakan keperitan hidup waktu itu

Tapi itu dah tak penting lagi untukku

Hanya kisah cintaku dengan askar perisik Jepun, Tanaka Takamatsu,

Yang tetap tinggal dihatiku.

 

Lama kita menari

Charles nampaknya begitu tertarik tentang Tanaka,

Aku tak tahu mengapa, mungkin sekadar ingin tahu

 “Kadang-kadang Tanaka menyuruh aku

memanggil orang-orang kampung datang ke rumah

untuk makan-makan, berbual-bual sambil minum kopi

dan hisap rokok daun dan rokok cigarette”

Dia suka mendengar cerita orang Melayu

Fasih pulak berbahasa Melayu

“Ah malaslah nak cerita lagi!”

 

            Charles Henry terus memelukku erat-erat,

Sambil tangannya yang besar dan keras itu

            menjamah punggungku, dan aku membiarkan saja

            Dia terus berkata “ceritalah lagi, I like to hear your voice”

            Sambil tersenyum, aku hanyut lagi bercerita

 

            “Aku sukakan Tanaka, dia seorang yang baik”

            Dalam hatiku berkata, aku sebenarnya cintakan dia,

dan masih tetap menyintai dia

“Aku sayangkankan Tanaka,

Sejak dari dia membawa aku keluar dari dalam show,

Dia membelikanku banyak hadiah yang cantik-cantik,

semuanya dikirim dari Tokyo

Selendang dan kain sutera, jam tangan, sepatu yang cantik-cantik,

Emas dan berlian!

 

Charles Henry mengusap-usap rambutku, lalu mencium tengkukku

Dia bersuara “aku mau menari begini dengan kamu sampai pagi,

sampai selesai. Aku tak mau siapa-siapa lagi menari denganmu sayangku!”

Aku cuma mengangguk-angguk,

Tanpa disedari mataku bergenang air mata

Charles Henry menyapu airmataku dengan saputangannya.

Aku meletakkan kepalaku di dadanya

seperti sebuah ucapan terima kasih, kerana ada yang sudi mendengar.

Charles Henry memandangku dan berkata “Lets go home”

Aku mengikut dia pulang ke rumah bungalownya di Jalan Raja Dewa

Sambil menanggalkan kemejanya, Charles Henry terus bertanya

“What happen to you and Tanaka?”

 

Aku menyambung, semasa perang meletus di Kota Bharu

aku dikurung di rumahnya, tak boleh kemana-mana,

kita jarang tidur bersama, cuma apabila dia mabuk, dia masuk ke bilik ku,

memelukku erat-erat dan sampai tertidur

Selalunya, dia suka membelai rambutku,

mencium seluruh pelosok tubuhku, dan bercakap dengan dirinya sendiri

dalam bahasa Jepun,

Tapi aku tak pernah tahu apa yang dikatakannya

Kemudian dia akan bermain dengan alat kelaminnya sendiri sampai terpancut

Dan membiarkan aku melihatnya

Dia kemudiannya meminta maaf dan mendakapku erat-erat

Sampai kita berdua tertidur,

Tapi itu sajalah yang kami lakukan selama beberapa tahun

 

Kadang-kadang dia panas baran kalau ada sesuatu yang tak kena,

Selalunya soal kerja dia, yang aku sendiri tak mengerti

Aku hanya melayan dia dengan baik,

Tiba-tiba Aminah terdiam memandang Charles yang hanya bercelana dalam untuk memainkan sebuah lagu Inggeris

 

Aminah terlentang di katil, sambil memandang ke atas

 

Charles merapatkan tubuhnya kepada aku

Dia menggomolku, menjilat-jilat tengkukku

aku membiarkan diriku diperlakukan apa saja oleh Charles,

aku tak tahu kenapa!

Sambil membuka bajuku dia berkata

“Jangan bimbang, aku akan menjagamu dengan baik”

Dia kemudiannya mengikat kedua tanganku di palang-palang katil tembaga tu Charles menambah lagi minumannya

“Aku suka air anggur manis” katanya,

sesekali anggur manis itu dicurahkan dari bibirnya

ke dalam mulutku yang disuruh nganga

dan dia terus menciumku dan bibirnya bermain-main dengan ulasan bibirku

aku jadi khayal dan kami terus berasmara sampai pagi.

 

Bertahun-tahun aku bersama Charles Henry.

Aku tidak lagi berkerja di dalam show

Aku hanya menjadi pelayan asmaranya

Dia suka bermain-main di bilik tidur,

menutup mataku dengan saputangan sutera

dan kadang-kadang giliran aku pula yang mengikat tangannya di kepala katil

 

Sesekali Charles Henry mengadakan majlis makan malam di rumah

Mengajak beberapa teman-teman rapatnya, semuanya orang Inggeris

Kadang-kadang mereka mengajak aku menari

Tapi Charles agak cemburu, dia akan memotong rakannya sendiri

Bila mereka mulai mesra dengan aku

Apapun hubungan kami masih tertutup,

tak ramai yang tahu tentang aku

ya tapi mungkin mereka tahu, tapi pura-pura tak tahu.

 

Aminah bingkas bangun dan mencari sesuatu di dalam almari, dia meletakkan kain veil lace di atas kepalanya

 

Charles sudah beberapa kali menjanjikan aku

yang dia akan menikahi aku di England di Guilford, dekat Surrey.

Dia selalu bagi tahu aku yang rumahnya dekat stesen terakhir keretapi bawah tanah, dekat juga dengan stadium Wimbeldon

“One day we go back to England and raise our children there,

you will like the cold weather and you will shine in those winter coats,

people will be so jealous, and my father and mother……

jelasnya dalam keadaan sedikit mabuk dan tertidur.

Itulah resamnya setiap kali lepas berasmara,

dia akan bercerita tentang England dan zaman kecilnya

Akhirnya aku tahu, kenapa kedua-duanya mendekati aku,

            Aku tidaklah bodoh sangat, aku dah banyak belajar dari kehidupan

Dari Tok Ku Jenab, Tuan Mah, Tengku Kembang, Che Esah.

Tengku Temenggung tu orang terpelajar,

orang beragama dan sayangkan bangsa dan tanah airnya……….

 

Aminah bangun ke meja solek menyikat-nyikat rambutnya, kemudian mengambil sesuatu dari laci meja soleknya dan menyembunyikannya di celah lipatan sarungnya. Aminah menari-nari

 

July 1954, Charles Henry dipanggil pulang ke London oleh Pejabat Kolonial. aku hanya menerima surat darinya menyatakan yang dia akan lama di sana kerana ada urusan penting sambil bertemu ibubapanya di Surrey

Aku tahu, British dalam keadaan tergugat kerana gerakan nasionalis

yang semakin membuak di Tanah Melayu,

apalagi setelah Indonesia mendapat kemerdekaan dari penjajah Belanda.

Pada pertengahan September itu, Charles pulang ke Kota Bharu, dengan wajah yang berbeza, lebih putih kemerahan-merahan, dan bermisai,

nampak lebih matang,

Tapi tidak lagi semesra dulu, dia jarang menyentuh aku,

apa lagi untuk meniduriku,

banyak yang terbayang di fikiranku

Mungkin dia terganggu oleh tugas-tugasnya

Mungkin dia akan ditukarkan ke tempat lain

Atau mungkin dia sedang mengalami sesuatu penyakit

Apabila aku bertanyakannya, dia hanya diam dan menundukkan mukanya

Dan berkata “it’s nothing”

 

5 Januari 1955, ada sepucuk surat yang datang dari England, dengan dakwat hitam yang sangat cantik tersusun rapi tulisannya

Ada banyak perasaan curiga di dalam benak fikiranku

Aku memanaskan air di dapur dan membuka sampul surat itu perlahan-lahan

Aku sudah menduganya, itulah kerana dia berubah

“Catherine Jane Woodworth”

bakal tiba di “Port Swethenham” pada 31 Januari 1955

Yang lebih melukakan hati aku adalah gambar-gambar semasa perkahwinan mereka yang dikirim bersama

Aku menjadi marah dan benar-benar sakit hati

Aku tahu yang dia telah melupakan aku dan melupakan janji-janjinya padaku

Aku terduduk lalu menutup kembali sampul surat

dan meletakkannya di atas meja dalam bilik bacaan

Apabila dia pulang, dia bergegas ke bilik bacaannya

Dia langsung tidak menegurku

 

Aku kemudiannya menyusurinya ke bilik bacaan yang tertutup rapat itu

Charles Henry Woodworth sedang khusyuk membaca suratnya mengadap ke jendela yang terbuka menghadap pohon beringin tua di depan rumah

 

Aminah mengeluarkan sepucuk pistol dari celah pinggangnya

 

Kedua tanganku menggenggam sepucuk pistol kecil

Sambil jari telunjuk tangan kananku perlahan-lahan menarik punat pistol

Dan corongnya  menghala betul-betul ke belakang kepalanya

“Boom”

Tiba-tiba dia jatuh tersungkur ke lantai dan tak bergerak lagi

Kepalanya berkecai pecah dan otaknya berketul-ketul terhambur keluar

Darah, banyaknya mengalir ke lantai papan rumah tu

Tanganku terketar-ketar tapi tetap menggenggam pistol kecil itu

Kepalaku kosong dan gelap, yang ada hanya kata-kata

“Asia Untuk Asia”, “Asia Untuk Asia” “Asia Untuk Asia”

 

Mulut Aminah terus terkumat kamit melafazkan sesuatu

 

“Asia Untuk Asia”, “Asia Untuk Asia” “Asia Untuk Asia”

 

Tiba-tiba Aminah berlari mengemas-ngemas baju-bajunya ke dalam beg.

 

Aku nak lari dari negeri tu, tetapi sesampai di Temerluh,

aku ditahan polis dan dibawa ke Kuala Lumpur.

Aku tidak melawan, hanya membiarkan segalanya

diperlakukan oleh pasukan polis penjajah dan gurkha

selama aku ditahan di penjara………….

 

Aminah sedang mengadap cermin di meja make-up, lipstiknya merah menyala, keningnya diguris hitam pekat, bulu matanya lentik, dia tahu dirinya sudah tua, kulitnya sudah mulai kendur. Lampu bilik agak samar, Aminah masih kelihatan jelita dan anggun, tapi wajahnya agak sugu. Aminah mengeluh

 

             Aku ini sudah letih menjadi manusia,

letih ingin meneruskan sebuah kehidupan,

Tidak berupaya membina kehidupan,

Setiap kali aku membinanya,

ia akan hancur berkecai

 

Mungkin aku ini dicipta bukan untuk bahagia dalam kehidupan

atau untuk mengekalkan kebahagiaan

ianya terlalu sulit untukku

terlalu besar untuk ku  hadapi

 

aku ini sudah tua

aku letih

tapi sulit nak ku jelaskan

 

Diam seketika dan menarik nafas panjang

 

Tapi aku bukan  manusia yang senang berputus harap

Yang senang memuaskan nafsuku sendiri

Ya nafsu untuk hidup, untuk gembira dan apa-apa lagi

Apa lagi nafsu untuk berhenti menjadi cantik

Aku tak harus berhenti menjadi cantik

hanya kerana ada perang!

 

Aminah membelek-belek baju-baju lamanya satu persatu. Setelah menghabiskan solekannya, dia membacakan ayat penyerinya yang selalu dibaca, sambil memakai lapisan bedak yang terakhir

 

            Ommmm sakti sakti bulan purnama,

bulan penuh dengan cahaya bersinar-sinar

            Sakti sinarmu terpancar ke wajah hamba

            Wajah hamba wajah purnama bersinar

 

            Ommmm sakti sakti bulan purnama,

bulan penuh dengan cahaya bersinar-sinar

            Sakti sinarmu terpancar ke wajah hamba

            Wajah hamba wajah purnama bersinar

 

Aku ni dah banyak kali dengar soal perang

            Perang Saudara Kelantan, Perang Jepun, Perang Komunis,

Perang Jantan, Perang Betina

            Dan sekarang, perang dalam diri aku sendiri

            Perang tua, kerana nafsu dan tubuh dah tak seiring

 

Sambil menundukkan muka, kemudiannya mengangkatkan mukanya ke cermin dan senyum, dia melimbai-limbai tangannya dan menggerakkan jari jemarinya dan duduk di kerusi. Aminah menyanyi….

 

            Hai royak hilang gak, belang berito nok timbul gak, la

            Eeeeeeee timbul sangat dengan nok royak gak la che we

           

            Negeri ambo ni perang sokmo

            Yolah, hok namonya manusia,

Nok hok tak dok, hok orang

            Hok kuat dengan hok lemah

            Tapi anok raja gahara tu, Long Ghaffar, bukannya lemah

tapi sebab umur dia baru 14 tahun maso sultan mangkat (Sultan Ahmad pada 1889)

Jadi gak dok narik tali la demo ni,

hok tu panggil Raja Siam tulung,

puak Long Ghaffar pulak panggil Gabenor Inggeris di Singapuro nuh.

Hoh lepah tu naik nama lain pulok, Long Mansur,

pah tuh jadi ado dua, sorang rajo sorang sultan,

Hai, pelik jugok dok?

Long Ghaffar, Tengku Petera Tengku Temenggong,

malah caro doh pasal tahto tahto nih

dia pun tok se doh jadi sultan, berat

dia lebih suka buat hal dia, main mak yong, noro, wayang kulit, silat, bano, mengaji!

Tok Guru pun dok kato “tak payahlah cari beban dunio kalu tok leh buat adil,

nanti jadi zalim pulok, masuk nerako sajo-sajo!”

 

Long Senik jadi Sultan Muhamad IV,

dia lah hok suruh Long Ghaffar buat Akademi Seni Budaya tuh,

Tengku Temenggong ni hok dok sokmo sokmo buat benda tuh, sukalah.

 

Brapo orang bini-bini dia tuh orang main Mak Yong

Mak Ku Kembang tu orang Bunut Susu, Pasir Mas, 

Che Sepiah Kg.Bukit Marak (Mak Tuan),

Tengku Kembang, anok Sultan Abdul Kadir Pattani,

lepah tu ado Che Mariam Atas Banggol,

Che Zainab Bendang Pak Yong Tumpat, dekat rumah ambo tuh,

Che Esah Tawang Bachok.

Hoh demo-demo ni gak

orang mak Yong hok terkenal belako,

gak come-come blakolah!

Che Esah tu bini dia hok ngelaslah.

Dio hok dok ngajar Mak Yong tuh dalam Kampung Temenggong.

 

Ku Temenggong ada anak dengan bini pertamo hok anok rajo champa tuh,

Tengku Aminoh, tapi mati mudo

Nama ambo pun serupa dia jugo,

tapi gak bukan anok rajo,

Emm, malah heh cerito pasal rajo-rajo, tok keno kan salah pulok!

Gak ni nok royak jugokla sikit

Heh, bunyi jah sedap duduk dalam istana,

tapi makan nasi dengan ikan kering budu jugok,

tapi yo lah ikan kering, ikan gelama, bukan ikan selayang halus, budu hok sedap, hok raja makan.

Dok Kg.Temenggong gak dok di Kubang Pasu la,

tempat Ku Ku Nik Nik Wan Wan duduk, gak dok buat kijo ko rajo.

 

Kito ni kan orang darat, orang nuh, nok tahu orang mano?

(sambil bertanya audien) orang Cabang Pat Tok Mek Ngoh, Tumpat ketik nuh,

Ketik tu bukan kekoh gigit tuh.

Ketik ketik ni, tepat Tok Kong Siam tuh, tepat orang Buddha sembahyang.

rajin gi ko demo denun? (bertanya lagi pada audien) Tahu ko mano?

Dekat Tokong Buddha hok besar nuh. Kalu tok tahu tok apolah!

Heh, kito orang Islam, tidok gi dok sembayang situ, gi nari jah situ

 

Masuk nari istano tu Mak Ku Jenab bawok,

gak ambok dok belajar nari Terinai dengan Tok Awang Ketik.

Mok pok ambo duo-duo mati doh, hok tu orang bawak gi ko istano.

Orang kato mok ambo Siam, tapi Islam, Siam jaman ghitu

Pok ambo Jawo, tok tahu maghi bilo, keluargo ghitu-ghitu

Demo tuh duo-duo orang main.

 

Orang buat ambo, ambo nok gi mandi sungai,

duo orang mari gak terkam ko ambo jatuh sukor ke tanoh,

lepas sorang sorang gomol ambo, ambo pitam,

petang doh baru sedar, gak celah kelekeng ambo habih berdarah,

gak pedih sangat, ambo ambik kain kelubung ambo, bubuh situ.

Ambo bangun pelahan pelahan ggantung ko batang pisang, pinar lagi mato, gak ambo pakso jalan balik krumoh,

Gak gelap doh kan, ambok tok jupo pelito api mano,

ambo gi rumoh Tok Ku Jenab sebelah,

di tulong ambo bubuh ubat, dio jah hok tahu,

ambo tok royak sapo-sapo. Ambo diam jah,

ambo tok gi doh belajar nari rumoh Tok Awang,

dio dok tanyo-tanyo orang.

Sebulan lepas tu, Tok Ku Jenab bawak ambo gi ko Istana Kota Baru ko Tuam Moh, hok jago orang nari asyik.

Ambo sukalah, ada sain-sain situ.

Dua bulan dok situ, ambo macam tok sihat,

mabuk-mabuk, pening-pening, mutoh-mutoh

Tuan Moh suruh orang antar ambo balik rumoh Tok Ku Jenab,

ambo ngandong,

Tok Ku Jenab pakso suroh ambo buat kijo, cari kayu, belah kayu, kukur nyo, naik moktan, tebang pisang, ambik air sungai,

satu ari tu ambo rebah jatuh tango,

gak tubik daroh, ambo gugur dia kato, gak tubik darah banyok,

Pas tu perok ambo pun surut.

Kito budok lagi, tak tahu gapo

Tok Ku Jenab antar pulok ambo ko Tuan Moh.

Dio tok leh nok kato guano, mok saudara dia, Tuan Moh ambik ambo balik

Ambo dua taun nari asyik dalam Istana,

pah tu Long Ghaffar suroh main Mak Yong dalam kubu KampungTemenggong,

Ambo ni nak kato come sangat tu dok la, sedap kelih!

Lepas Tengku Temenggong hilang

Kampung Temenggung pun kucar kacir, tak dok tempat berteduh,

nak makan pun tak dok, gak kito gheti gapo?

 

Aminah bangun dan mengambil sepucuk pistol dari dalam laci

 

Apabila Jepun kalah perang, Tanaka tak ada dirumah,

dia hilang

aku sembunyi di rumah jiran

Bila dah reda, aku pulang, pintu rumah dah berkunci,

tapi jendela dapur terbuka

Aku panjat perlahan-lahan

Di tanganku ada kapak kecik, disanggulku ada lawi ayam

Aku menerjah bilik tidur, tapi tiada siapa di situ

Pintu bilik bacaan Tanaka tertutup, aku menolak pintu kayu tu perlahan-lahan

Belum sempat aku menjerit, aku menutup mulutku sendiri

Aku terduduk di muka pintu

airmata aku mencurah-curah

Pedih melihat apa yang ada di depan mataku

Tanaka tergantung dengan tali dari bumbung rumah

Mulutnya ternganga dan matanya terbeliak

Tubuhnya masih dalam pakaian seragam askar Jepun,

Bendera merah mentari menyinar terpapar di dinding.

Bila aku dekat

Ada surat tertulis Sayangku, Aminah Awang Amat, diletakkan di meja

Di sebelah suratnya, ada sepucuk pistol, jam sakunya

 

“Maafkan aku Aminah, Aku telah memalukan bangsaku dan bangsamu juga

Aku tewas ditengah jalan, aku tidak mampu mengotakan janjiku padamu dan pada bangsamu, janji yang “Asia Untuk Asia”,

Aku terlalu menyanyangimu, Jagalah dirimu baik-baik,

Selamat Tinggal”

Aku tahu, Tanaka benar-benar menyayangiku, aku juga!

Bilik yang suram itu bersepah-sepah dengan wang kertas pohon pisang yang sudah tak laku lagi

 

Aku membisu berminggu-minggu,

Apalagi orang-orang memandang ku dengan penuh prasangka, curiga and tohmahan………

 

Mereka tak mahu melepaskan aku dari penjara

Walaupun aku membunuh seorang kolonialis Inggeris, seorang penjajah

Aku tahu Malaya sudah merdeka pada 1957

Tapi hanya pada tahun 1968 aku dibebaskan,

aku tetap seorang pembunuh

Kata mereka, aku bukan membunuh kerana memperjuangkan Negara

Tapi kerana hawa nafsu dan perasaan hasad dengki

Mereka tidak tahu, cintaku hanya untuk Asia

“Asia Untuk Asia” “Asia Untuk Asia”

 

Aminah menyambar kain kelubungnya yang tersidai di birai katil dan menundokkan mukanya ke lantai. Lagu “Aku terkenang” berkumandang, kemudiannya dia menari-nari dengan selendang dan lampu mula padam.

Friday, September 25, 2009

Mek Ani Filem Mak Yong?

Untuk orang Mak Yong mungkin filem ini boleh membuatkan orang biasa di luar sana lebih mengerti pada Mak Yong, atau sekurang-kurangnya menjadi tertarik kepada Mak Yong, apalagi apabila Mak Yong semakin pupus di negerinya sendiri, Kelantan, kerana dihalang untuk persembahan kerana sebab-sebab yang tidak terfikir untuk kita di dalam masyarakat. Ternyata sewaktu memperkenalkan seorang pelakon yang kononnya mempunyai hubungan keluarga dengan Seniman Negara, Allahyarhamah Khadijah Awang, banyak isu ditimbulkan oleh keluarga mereka sendiri. Maka itulah juga Mak Yong dilihat sebagai sebuah tradisi yang harus diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang belajar soal iti, seperti pelajar2 di ASWARA? Apakah keterbatasan itu yang membuat mereka tidak mahu berkareer di dalam seni teater tari Mak Yong? Terdengar juga filem ini tidak mendapat dana hingga terpaksa mengundurkan pembikinannya, tapi sama2lah kita tunggu, mungkin tahun 2009 lebih menjanjikan sesuatu. Apakah filem ini juga bakal menebus kekalahan filem Wayang karya Hatta Azad Khan di pawagam? atau gagal merebut sebarang award di festival filem, walaupun mempunyai nuasa dan narasi sebuah filem yang baik dan hanya kerana ianya memaparkan kehidupan manusia yang tidak baik? Apakah filem harus hanya menampilkan sebuah kehidupan yang baik-baik saja supaya ianya menjadi contoh kepada umum. Apakah filem ini juga bakal mengadakan dialog-dialog di dalam dialek Kelantan yang harus nantinya mempunyai sarikata bahasa malaysia dan bahasa Inggeris? Apakah filem ini mampu sukurang-kurangnya mengulangi kejayaan filem Jogho yang disutradarakan oleh U-Wei Shaari? Kita juga tidak tahu siapa yang bakal menjadi pengarahnya. Filem-filem keluaran sebelum ini termasuklah Wanita Bertudung Hitam, Cinta Nan Satu, saya sendiri masih belum menonton filem-filem itu?

Sunday, January 25, 2009

Mak Yong in NST Jan 2009 (Unedited Version)

Road Ahead for Mak Yong Dance Theatre

 

 

Academics and cultural activists have been discussing about preserving and presenting the Mak Yong dance theatre for decades. In the 1969, the late Khadijah Awang took the challenge of Tan Sri Mubin Sheppard to preserve Kelantan Mak Yong, after watching a group of old Mak Yong dancers performing for ASEAN Cultural Festival in Kuala Lumpur. Some of us remember Khadijah Awang (later awarded with “Seniman Negara” status by the Ministry of Culture, Arts and Tourism) for her famous role in “Anak Raja Gondang” (Prince of Cone Shell) story, one of twelve main stories in Mak Yong.  After that, series of other Mak Yong stories were also aired on Radio Television Malaysia and viewed by millions of Malaysians, until they abandoned cultural programmes.

Twenty years later in 1980s, Datin Azanin Ezane Ahmad and her troupe, Suasana Dance Theatre Company together with Yayasan Seni, presented one of Mak Yong stories, “Raja Tangkai Hati” with new contemporary technique in dance theatre, aptly titled as “Cempaka Emas”, after a thorough research through hours of William Malm’s Mak Yong recording and personal tutors from Kelantan. The production was premiered at Kuala Lumpur City Hall Auditorium and traveled to Hong Kong Arts Festival and Asia Pacific Arts Festival in Australia. After that, Mak Yong has gone back to Kelantan to remain as a hidden treasure from the past.

In 1994, National Arts Academy appointed Khadijah Awang as the Mak Yong Master and uprooted herself from Kelantan, following the banned of Mak Yong by the PAS government in 1991. After years of teaching, documenting, promoting and lobbying, Mak Yong finally recognized as one of UNESCO World Heritage’s Oral Masterpieces in 2005 and we should not forget the role played by the people like Tan Sri Mubin Sheppard, Prof. William Malm, Datuk Dr.Ghulam Sarwar, Prof. Dato’ Dr.Ghouse Nasaruddin and few others in making Mak Yong as one of agendas in the National culture.

In the recent staging of “Raja Senyanya”, one of twelve Mak Yong stories, directed by Puan Fatimah Abdullah, daughter of the famous Mak Yong leader, Abdullah Awang and sister in-law of the late Khadijah Awang, she presented a male actor as “Pak Yong”, a rather rare treat for us audience in Kuala Lumpur to enjoy. In a recent past, we have witnessed the performance of the late Pak Su Mat of Besut, a male player playing the Pak Yong role. Pak Yong was formerly and known to be played by a leading female actor as Mak Yong dance theatre is said to be originated from the palace of Pattani Queens (Blue, Yellow, Purple and Green Princesses) in the seventeen century as well as the palace of Che Siti Wan Kembang in Kelantan. As I was watching the performance, I asked a question “Is the actor playing the role of a female actor who played the male king?” or “is he is simply playing the male king?” after realising that it is no longer forbidden for a male to enter the court of the ruler. “Is it the reason why the Mak Yong performers have to face the rebab and musicians as they were not allowed to look at the queen ruler?”. Perhaps yes. In this performance too, performers were facing the musicians, especially the rebab as the dance is called “Mengadap Rebab”. Unfortunately, the rebab, the most sacred instrument in Mak Yong, together with the rest of instruments and players were tucked away in between the two blocks of audience seats in that rehearsal studio, beautifully named as “Lambang Sari” at Istana Budaya national theatre. Perhaps the concept of tucking away the musicians is borrowed from the western orchestra where they hide them in the sunken pit.  Unfortunately too, the performers avoid facing the rebab and musicians after the “Mengadap Rebab” ritual, the front audience became the prime spectators, ignoring the right and left of spectators, assuming that the performance is in the proscenium theatre.  One might not realized the beauty of totality in mostly all Asian traditional performances, where music, dance, acting, singing, comedy and scenography are kept as one, to be seen and consumed by audience as well as experiencing the emotions.

“Raja Besar Senanya”(Emperor of Senyanya) is the tale of how the king impatiently waiting for his heir and went hunting for white elephant with black tusk to welcome the arrival of his son to the world. Princess Gak Petera finally gives birth to a “Siput Gondang” (Cone Shell). The king returns, shocked that his child is not human and throw out the wife, Princess Gak Petera, and the Gondang child. Years later, a young prince come out of the cone shell, named Prince Seelok Rupa, but become a nasty young prince in trying to fit in into the society, adopted by the Emperor of Senyanya when he saw that the prince was good looking, without knowing his mannerism.

 

Raja Besar Senanya, staged from 9 -11th January is the sequel to “Ending Tejeli” story, which was staged at Auditorium Tunku Abdul Rahman in December 2008. If compared to “Endeng Tejeli”, the performance has improved significantly, not only the length of the performance but scene arrangement is tightly weaved and done away with unnecessary dialogues and improvised acting. Though the performers are very close to the audience in this setting, they managed to maintain the energy of the performance as well as keeping the dance details at all time. Kudos to Puan Fatimah Abdullah, the Mak Yong Master at ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan), for her ability in teaching the classical Mak Yong dance theatre to the senior member of “Artis Istana Budaya” (formerly known as Kompleks Budaya Negara) and two main actors, playing the key roles, Rosnan Abdul Rahman and Norsiah. However, the court maidens who were also playing the bad girls seemed a little bit O.T.T. (over the top) in their acting, both in the court mannerism and bad behaviour group. Perhaps they have some problems in portraying the characters due to their background as dancers and lack of training in acting. The director may want to look further into the total production, other than just the dancing, which is great technically.

 

Over the years, we have managed to put Mak Yong in special place, but more efforts should be made to attract young talent and audience as well as national and foreign spectators. Well done Istana Budaya for staging this world heritage dance theatre alongside foreign and local, musicals and concerts. Though in the early years of Istana Budaya, Mak Yong were staged in the big theatre of “Panggung Sari”, where promoting arts and culture was one of the main objectives of the national theatre, now, after ten years of providing arts services to Malaysia, Mak Yong projection seems to be getting smaller. Istana Budaya is now committed to raise the standard of the performing arts in Malaysia as well as developing audience appreciation towards the arts through affordable entertainment and to promote the involvement of corporate sponsorship. Perhaps it is time for Mak Yong to have her own house or at least regularity similar to Bangsawan, especially being Malaysia’s first cultural heritage to be listed under world heritage. Perhaps it is time too for Mak Yong to have proper secretariat to handle activities related to it, instead of having few departments fighting over it, so that Mak Yong could be better preserved, developed, managed and promoted.

 

Dr.Zulkifli Mohamad teaches Arts and Culture Theories at ASWARA, and active in the development of tradition-based performance and promotion of contemporary arts.